Skip to Navigation Skip to Content Skip to Footer
country flag
Remember my settings
Skip to Navigation Skip to Content Skip to Footer

 

 

Dhaka

 

Bandar bertenaga dengan penduduk yang ramai ini dipenuhi dengan pemandangan, bunyi, bau dan rasa yang pasti akan meninggalkan kenangan terindah. 

 

Kubu Lalbagh di Old Dhaka

Kompleks Mughal yang merupakan mercu tanda ikonik di sini mempunyai 3 struktur yang kelihatan seperti dibina dengan tidak sempurna. Misteri di sebalik struktur ini menambah daya penarik tempat itu. Diwani-i-Aam pernah menjadi kediaman Maharaja Mughal Bengal dengan hammam (tempat mandi Turki) yang bersejarah. Tempat ini mempunyai masjid 3-kubah dan makam Bibi Pari yang terkenal.  Kematian Bibi Pari secara mengejut dipercayai menjadi punca perluasan Kubu Lalbagh ini dihentikan.

 Masjid Berbintang 

Masjid Bintang Dhaka merupakan masjid yang sesuai untuk dikunjungi oleh mereka yang meminati perincian seni bina. Masjid ini terkenal dengan seni bina jubin chinitikri (sejenis hiasan mozek). Motif bintang yang banyak melengkapi seni bina masjid ini yang indah. Perincian bintangnya yang sangat cantik cukup mempesonakan. 

Ahsan Manzil

Istana merah jambu yang menarik perhatian ini merupakan contoh terbaik reka bentuk dan kejuruteraan Mughal. Terletak di tepi tebing Sungai Buriganga, muzium negara ini pernah menjadi istana dan tempat pemerintahan rasmi Nawab Dhaka. Terokai bilik menunggu, dewan tari besar dan alami sendiri seni bina yang menggambarkan kehidupan pada zaman lampau. 

Please note that bassinet seats are not available in Business Suite cabin. In case you want to proceed with your booking, please click "Continue"