Skip to Navigation Skip to Content Skip to Footer
country flag
Remember my settings
Skip to Navigation Skip to Content Skip to Footer

 

 

 

Alami pengalaman K-Drama anda sendiri, apabila anda terbang bersama kami ke Seoul

 

Adakah anda pernah ingin melihat apa yang menarik di Seoul? Nah, kami berada di sini untuk anda mengalaminya. Bandaraya yang mesra-Muslim ini merupakan kemeriahan Korea yang ditawarkan adalah yang terbaik. Alami budaya yang menarik, hiburan berkelas dunia, masakan halal yang lazat serta rumah kepada Bintang-K kegemaran anda. Apa yang perlu diperkatakan lagi? Sudah tiba masanya untuk memanjakan diri anda bercuti di bandar raya yang sempurna ini.

 

Pernahkah anda mengalami Drama Korea anda seperti ini?

 

 

 

 

Taman Tasik Seokchon

Taman Tasik Seokchon terkenal dengan Festival Cherry Blossom tahunan yang diadakan pada setiap bulan April. Walau bagaimanapun, itu tidak menghalangnya daripada kelihatan hebat semasa lain-lain musim. Oleh itu, bawa pasangan anda dan bersiar-siar di sepanjang taman yang mengagumkan ini yang dikelilingi oleh muzik dan lampu ambien pada waktu malam.

Taman Ekologi Sorae

Pernah menjadi ladang garam terbesar di Korea telah berubah menjadi sebuah taman ekologi yang luas serta terdapat pelbagai jenis haiwan. Nikmati juga pemandangan pelbagai jenis hidupan laut dan burung berhijrah yang berinteraksi dengan persekitaran mereka atau bersiar-siar di sepanjang dewan pameran untuk melihat kemudahan di mana garam dihasilkan pada masa lalu.

Restoran Makan Halal

Bersedia untuk menguji keenakan tunas rasa anda? Berangkat ke Itaewon dan cari restoran yang menarik bernama Restoran Makan Halal yang dikendalikan oleh pemilik Korea-Muslim yang minat akan makanan. Rasakan deria anda dengan hidangan halal daripada menu yang pelbagai yang akan memenuhi kehendak Korea anda.

Masjid Pusat Seoul

Terletak di atas bukit yang indah, Masjid Pusat Seoul adalah struktur yang indah dan menjulang tinggi yang dikunjungi oleh masyarakat Korea-Muslim untuk menunaikan solat. Dikelilingi serta berdekatan dengan pelbagai restoran halal, kedai roti dan kedai runcit, menjadikannya pemandangan yang tidak boleh dilepaskan.

Basikal Kereta Api Tepi Pantai Yeongjongdo

Alami pemandangan indah dengan rakan-rakan anda dan nikmati pemandangan lautan yang asli di atas Basikal Kereta Api Yeongjongdo. Berbasikal sepanjang garis pantai dan rasai angin laut, pengalaman yang anda tidak mahu lepaskan.

Dengan kerjasama:

 

 

Please note that bassinet seats are not available in Business Suite cabin. In case you want to proceed with your booking, please click "Continue"