Skip to Navigation Skip to Content Skip to Footer
country flag
Remember my settings
Skip to Navigation Skip to Content Skip to Footer

 

 

Yangon

 

Negara Myanmar yang penuh misteri ini sudah mula perlahan-lahan membuka pintunya kepada dunia luar. Terdapat banyak tempat menarik yang tersembunyi di Yangon dan menunggu untuk diterokai.

 

Kehidupan di Sungai Irrawaddy 

Sungai terpanjang Myanmar mengalir dari puncanya di Himalaya ke Laut Andaman.  Kehidupan di bandar berkisar di sungai ini, yang menjadi nadi penggerak ekonomi negara ini. Sungai ini menghubungkan rakyat Burma secara spiritual.  Belayar memudiki sungai ini dari Yangon ke Bagan ke Mandalay, kemudian ke kawasan yang belum diterokai di sempadan China. Kapal persiaran 5-bintang menyediakan kemewahan yang tiada bandingan; belayar melintasi perkampungan yang dibina di atas kaki bajang serta saksikan kereta lembu dan kerbau yang membajak tanaman di ladang.

Terpegun dengan Pagoda Shwedagon

Mercu tanda Yangon yang paling penting juga menjadi tapak keagamaan Burma yang popular. Stupa setinggi 325 kaki ini disaluti emas dan dapat dilihat dari mana-mana bahagian bandar. Hti (puncak hiasan berupa payung) pagoda ini disaluti setengah tan emas dengan lebih daripada 5500 berlian dan 2300 batu permata. Temui peninggalan Buddha terdahulu yang jarang dijumpai sambil anda menerokai tempat ini. Anda boleh melawat tempat ini pada bila-bila masa tapi anda pastinya tidak boleh melepaskan peluang untuk melihat pemandangan matahari terbenam di tempat ini.

Timbunan permata di Muzium Permata

Tempat menarik yang dipenuhi permata ini mesti dilawat oleh mereka yang menyukai barang kemas. Kagumi dan tawar-menawar untuk mendapatkan banyak pilihan permata yang didapati di bangunan 4 tingkat ini. Muzium ini menawarkan koleksi lengkap batu jed, mutiara, delima dan nilam.  Makmal berteknologi tinggi mereka membolehkan anda mengesahkan yang barang kemas yang anda beli adalah tulen. Anda boleh berasa yakin dengan nilai dan ketulenan batu permata yang telah anda beli. 

Please note that bassinet seats are not available in Business Suite cabin. In case you want to proceed with your booking, please click "Continue"