Skip to Navigation Skip to Content Skip to Footer
country flag
Remember my settings
Skip to Navigation Skip to Content Skip to Footer

 

 

Manila

 

Penjajahan Sepanyol selama 300 tahun telah menjadikan Manila sebuah kota raya yang memiliki budaya yang berbeza daripada beberapa negara Asia Tenggara yang lain dari segi adat, kepercayaan dan tradisi.

 

Bandar yang dikelilingi tembok

Lawati Intramuros, kompleks bersejarah dengan struktur kolonial tertua di bandar ini. Dibina oleh kerajaan Sepanyol pada 1571, Intramurous tetap utuh walaupun pernah menghadapi peperangan dan bencana alam. Ia daerah tertua di Manila. Mengawal pintu masuk ke Sungai Pasig, Fort Santiago merupakan sebuah kubu Sepanyol yang menempatkan muzium Rizal Shrine. Dr Jose Rizal, seorang wira negara, telah dipenjarakan di sini sementara menunggu hukuman mati. Gereja San Agustin merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO yang masih berdiri utuh selepas Intramuros dimusnahkan ketika Perang Dunia II.

Teroka Pulau Corregidor

Di hadapan muara Manila Bay, kubu Pulau Corregidor merupakan tempat peringatan bagi pahlawan Filipina dan Amerika yang mempertahankan Manila daripada serangan tentera Jepun semasa Perang Dunia II selepas pengeboman Pearl Harbor. Kubu yang menempatkan senjata besar serta dipenuhi runtuhan, struktur dan terowong, bekas medan perang ini memberikan bayangan sekilas tentang masa lampau yang benar-benar tidak dapat dilupakan.

Daki Gunung Berapi Taal

Daki Gunung Berapi Taal, salah satu gunung berapi yang paling aktif di dunia, untuk melihat pemandangan indah alam semula jadi yang belum diterokai. Terdapat lebih daripada 33 letusan yang telah dilaporkan. Upah seorang pemandu pelancong dan anda boleh mendaki bukit Tagaytay untuk melihat Tasik Taal dan gunung berapi yang menjadi sebahagian daripada Lingkaran Api Pasifik. Jadikan perjalanan anda lebih menarik dengan aktiviti air seperti berkayak dan menaiki bot pisang. Kunjungi Istana di Langit yang dibina untuk bekas presiden Marcos.

Please note that bassinet seats are not available in Business Suite cabin. In case you want to proceed with your booking, please click "Continue"