Skip to Navigation Skip to Content Skip to Footer
country flag
Remember my settings
Skip to Navigation Skip to Content Skip to Footer

 

 

Colombo

 

Sama ada kehidupan yang sibuk di bandar atau kehidupan yang tenang di pantai, Colombo merupakan pintu masuk kepada keajaiban Sri Lanka.

 

Mampukah anda menundukkan Crabzilla?

Ministry of Crab dimiliki oleh pemain kriket Sri Lanka dan seorang chef selebriti. Menunya semua berasaskan ketam. Pilih saiz daripada S/M/L hingga Jumbo/Colossal/OMG. Jika anda berani, anda boleh mencuba Crabzilla (ketam yang beratnya 2 kilo atau lebih daripada itu). Pilih ramuan yang anda mahu: cili, lada, mentega, bawang putih, kari atau yang dibakar. Apa jua ramuan yang anda pilih, anda pasti akan menikmati ketam yang lazat.

Berlibur di Galle Face Green

Kawasan ini pada asalnya telah dibersihkan oleh penjajah Belanda supaya mereka dapat menyasar dengan tepat bagi menyerang tentera Portugis dengan meriam. Tempat ini pernah digunakan untuk perlumbaan kuda, padang golf dan juga permainan kriket. Kini, tempat ini sesuai untuk bermain layang-layang, bersantai sambil melihat kerenah orang ramai dan berkelah. Alami semangat komuniti orang Colombo sambil melihat matahari terbenam di Lautan Hindi.

Safari gajah dan pusat penjagaan anak gajah

Gajah merupakan haiwan liar yang dihormati di Sri Lanka. Milangoda Raja ialah gajah bergading panjang yang membawa peti mengandungi relik gigi suci selama 40 tahun sehingga mencapai usia 70 tahun.  Anda berpeluang untuk melihat gajah liar jika anda menyertai safari di Taman Negara Yala atau Taman Negara Minneriya. Tempat jagaan anak gajah di Pinnawala dan Udawela merupakan syurga bagi pencinta alam.

Please note that bassinet seats are not available in Business Suite cabin. In case you want to proceed with your booking, please click "Continue"