Skip to Navigation Skip to Content Skip to Footer
country flag
Remember my settings
Skip to Navigation Skip to Content Skip to Footer

 

 

London

 

London menarik lebih daripada 20 juta pelawat setiap tahun dengan tarikan yang hebat menjadikan pelancong jatuh cinta dengan kecantikannya. 

 

London Diraja 

Westminster Abbey menawarkan pembelajaran menarik sejarah British. Raja, Permaisuri, tentera dan orang-orang yang penting dalam tamadun dan sejarah England disemadikan di sini. Fikirkan tentang Isaac Newton, Charles Dickens dan Geoffrey Chaucer. Berkunjung ke sini terlebih dahulu untuk melihat tempat setiap pemerintah sejak Charlemagne dimahkotakan, sebelum menuju ke Menara London untuk mengetahui cara mereka menggunakan kekuasaan tentera mereka. Di Menara London, ketahui cara Henry VIII memerintah dengan kejam dan kagumi permata mahkota yang terkenal.

Bersiar-siar di taman 

Anda boleh membakar sedikit kalori dengan berjalan-jalan di Hyde Park, London yang meliputi kawasan seluas 350 ekar. Kagumi pokok-pokok yang tinggi dan taman bunga hiasan dan tasiknya yang besar. Hyde Park juga menjadi tempat terletaknya Jambatan Serpentine, patung Achilles dan Air Pancut Joy of Life.  

Lihat muzium terbaik di ibu kota ini 

Muzium British merupakan salah satu daripada muzium yang tertua di dunia. Muzium ini menempatkan Galeri Parthenon dan koleksi pameran yang sangat besar yang memaparkan budaya dan sejarah mereka. Untuk seni dan reka bentuk, lawati muzium Victoria dan Albert yang terkenal dengan koleksinya yang meliputi lebih daripada 3,000 tahun. Mengenali warisan maritim London di Muzium Maritim Kebangsaan di Taman Greenwich. Pameran yang ditunjukkan termasuk bangkai Zeppelin yang ditembak jatuh di muara Thames dan model asal Nelson’s Column.

Please note that bassinet seats are not available in Business Suite cabin. In case you want to proceed with your booking, please click "Continue"