Skip to Navigation Skip to Content Skip to Footer
country flag
Remember my settings
Skip to Navigation Skip to Content Skip to Footer

 

MHbiz Pro

 

​ 

Nikmati pengalaman penempahan tiket penerbangan yang lancar dan kembangkan perniagaan anda dengan penyelesaian perjalanan korporat yang berpatutan dari Malaysia Airlines. Direka untuk syarikat yang lebih suka menguruskan perjalanan perniagaan mereka sendiri, MHbiz Pro adalah portal tempahan yang mudah digunakan yang membolehkan anda mengurus tempahan tiket penerbangan syarikat serta memberi ganjaran kepada perniagaan anda dengan potongan harga dan pelbagai faedah yang disesuaikan dengan pilihan anda.​

 

​ 

​ 

​ 

​ 

​ 

​ 

 

 

Pendaftaran Percuma

MHbiz Pro membenarkan perniagaan memiliki penyelesaian perjalanan korporat tanpa sebarang kos, yang bermaksud tiada yuran langganan atau yuran pendaftaran yang terlibat untuk mengekalkan akses tersebut.​

Tiada perbelanjaan minimum diperlukan semasa pendaftaran, atau untuk mengekalkan akses.

 

 

 

Lebih 1000 Destinasi

Malaysia Airlines menerbangkan anda ke lebih 1000 destinasi bersama rakan kongsi oneworldnya.​

Dengan MHbiz Pro, anda boleh mengurus dan menjejaki semua perbelanjaan perjalanan anda di bawah satu portal untuk rujukan mudah.

 

 

 

Tambang Keutamaan​

Lebih jimat dengan tambang korporat yang menarik apabila permohonan berjaya di semua laluan operasi Malaysia Airlines.​​

Pekerja anda kini boleh menempah tiket mereka untuk perniagaan atau percutian dengan tambang diskaun.​​

 

 

 

Pematuhan Polisi Perjalanan

MHbiz Pro membenarkan Pengurus Perjalanan Korporat anda untuk mereka bentuk aliran kelulusan mengikut dasar perjalanan korporat anda.

Tidak kira saiz organisasi anda, MHbiz Pro membenarkan mereka menguruskan tempahan mereka sendiri serta butiran keluarga mereka melalui portal untuk perjalanan masa hadapan.

 

 

 

Masa Tiket yang Mudah​​

Sahkan penerbangan anda 15 hari dan sehingga 2 jam sebelum berlepas.*​​

Sementara menunggu tiket anda diluluskan, MHbiz Pro akan dapat menahan tambang dalam tempoh masa yang ditetapkan.​​​

 

 

 

Perbelanjaan Perjalanan Dioptimumkan

Reka bentuk dan hasilkan laporan anda untuk memantau perbelanjaan perjalanan korporat anda.​

Lebih daripada 25 medan tersedia untuk Pengurus Perjalanan Korporat anda mengekstrak laporan.​

 

 

 

Mata Enrich Korporat

Dengan MHbiz Pro, organisasi anda boleh memperoleh Mata Enrich Korporat pada semua penerbangan Malaysia Airlines, MASwings dan Firefly untuk perjalanan korporat. Anda boleh menggunakan mata untuk penerbangan masa hadapan dengan Malaysia Airlines.​​

Pekerja masih akan memperoleh Mata Enrich individu mereka manakala syarikat anda memperoleh Mata Enrich Korporat! Selain itu, jika anda ahli perikatan oneworld, anda juga akan memperoleh mata penerbang kerap anda.​​

Urus semua perjalanan anda di satu tempat dan manfaatkan sepenuhnya belanjawan perjalanan korporat anda dengan pelaporan mudah tentang Mata yang diperoleh, laluan teratas dan banyak lagi.​

 

 

DAFTAR SEKARANG​

 

Bermula 16 Februari 2021, MHbiz Pro tidak lagi menetapkan jumlah perbelajaan penerbangan minimum tahunan kepada korporat.

Dapatkan maklumat program terkini dan nikmati ganjaran MHbiz Pro.​

 

 

​ 

​ 

​ 

​ 

​ 

​ 

Please note that bassinet seats are not available in Business Suite cabin. In case you want to proceed with your booking, please click "Continue"