Skip to Navigation Skip to Content Skip to Footer
country flag
Remember my settings
Skip to Navigation Skip to Content Skip to Footer

Aplikasi Malaysia Airlines

 

Jika anda adalah seorang yang suka melancong, aplikasi Malaysia Airlines sangat sesuai untuk anda, kerana ia direka untuk menampung semua keperluan perjalanan anda, dari tempahan penerbangan segera ke daftar masuk mudah alih, penginapan hotel yang hebat dan penyewaan kereta. Istimewa hanya untuk anda, aplikasi ini memberikan anda akses kepada semua maklumat yang anda perlukan:

 

  • Tempah tiket sehala dan pergi-balik dalam beberapa klik sahaja.
  • Fungsi My Trips untuk menyimpan butiran penerbangan yang akan datang.
  • Simpan pas penerbangan ke aplikasi untuk pengalaman perjalanan yang menyenangkan.
  • Akses segera ke banyak pakej percutian dari MHholidays.
  • Lihat profil keahlian Enrich anda, baki Points, dan tahap keahlian.
  • Dapatkan maklumat tempahan di My Trips berdasarkan nombor Enrich anda.
  • Akses kepada program MHexplorer.
  • Pembelian lebih mudah dengan program Temptations.

 

Terima kasih kerana memilih Malaysia Airlines dan amat mengalu-alukan kehadiran anda.

 


 

 

 

 


 

Apakah ciri-ciri yang terdapat dalam aplikasi Malaysia Airlines?

Aplikasi Malaysia Airlines membolehkan anda menempah, pilih tempat duduk dan bayar penerbangan anda, daftar masuk penerbangan anda, melihat jadual penerbangan, menerima makluman perjalanan dan melanggan surat berita kami. Anda juga boleh menikmati tawaran hebat dengan rakan kongsi hotel kami.

 

Adakah pendaftaran diperlukan sebelum saya boleh menggunakan aplikasi Malaysia Airlines?

Tiada pendaftaran diperlukan. Jika sebelum ini anda telah mendaftar melalui nombor keahlian Enrich anda, anda masih dapat mengumpul mata ganjaran ketika anda mendaftar masuk untuk penerbangan anda.

 

Bagaimana jika saya mempunyai aplikasi Malaysia Airlines sebelum ini, adakah saya perlu menyahpasangnya?

Tidak, anda hanya perlu mengemaskini aplikasinya.

 

Dalam versi sebelumnya, saya telah menyimpan sejarah perjalanan saya dan dapat melihat Enrich Miles saya, bolehkah saya melakukan perkara yang sama dengan aplikasi baru?

Kami ingin memaklumkan bahawa dengan versi awal aplikasi ini, anda perlu log masuk ke portal Enrich https://www.enrich.malaysiaairlines.com/EnrichWebsite/Login.jsp untuk melihat baki Enrich Points anda. Semua mata ganjaran sebelumnya anda masih akan dikreditkan walaupun aplikasi Malaysia Airlines tidak menyimpan sejarah perjalanan anda. Penambahbaikan untuk menguruskan mata ganjaran menggunakan aplikasi akan disediakan secara berperingkat pada masa akan datang.

 

Adakah saya akan dikenakan caj menggunakan aplikasi Malaysia Airlines?

Malaysia Airlines tidak mengenakan bayaran untuk mengakses aplikasi Malaysia Airlines. Satu-satunya kos yang anda akan dikenakan ialah caj data yang dikenakan oleh pembekal perkhidmatan mudah alih anda.

 

Apakah bahasa yang tersedia?

Aplikasi Malaysia Airlines kini hanya tersedia dalam bahasa Inggeris. Lebih banyak bahasa akan diperkenalkan secara progresif pada masa akan datang.

 

Bagaimanakah saya boleh menempah penerbangan?

Di bawah 'Tempah Penerbangan' anda boleh menempah tiket anda dalam perjalanan dalam empat langkah mudah:

  • Masukkan destinasi penerbangan, tarikh, kelas kabin dan bilangan penumpang.
  • Daripada pilihan yang dipaparkan, pilih penerbangan berlepas dan balik pilihan.
  • Ringkasan penerbangan anda akan dipaparkan. Untuk membeli, anda mempunyai pilihan untuk membayar dengan kad kredit anda atau dengan akaun PayPal anda.
  • Sebaik sahaja pembayaran berjaya, pengesahan tempahan akan dihantar kepada anda melalui e-mel.

 

Apakah pilihan pembayaran yang ada?

Anda boleh membayar penerbangan yang ditempah dengan mudah melalui telefon bimbit anda dengan menggunakan kad kredit Visa, Mastercard dan American Express, atau akaun PayPal anda. Pembayaran melalui PayPal pada aplikasi Malaysia Airlines pada masa ini sah untuk mata wang berikut: MYR, SGD, GBP, USD, AUD, HKD, EUR, JPY dan NZD.

 

Bagaimanakah saya boleh mendapatkan tiket saya?

Apabila tempahan mudah alih anda berjaya, anda akan menerima pengesahan tempahan melalui e-mel. Penerbangan yang ditempah secara mudah alih anda kemudian dikeluarkan secara automatik sebagai tiket elektronik (e-Tiket).

 

Bagaimanakah saya menerima resit penumpang selepas penerbangan saya?

Anda akan menerima salinan jadual perjalanan anda melalui e-mel.

 

Bolehkah saya menukar penerbangan saya menggunakan aplikasi Malaysia Airlines?

Malangnya aplikasi Malaysia Airlines tidak menyediakan perkhidmatan ini pada masa ini. Untuk menukar penerbangan anda, sila hubungi Pusat Panggilan Malaysia Airlines di 1 300 88 3000 (dalam Malaysia) atau +603 7843 3000 (Antarabangsa). Anda juga boleh menghubungi pejabat Malaysia Airlines terdekat anda.

Please note that bassinet seats are not available in Business Suite cabin. In case you want to proceed with your booking, please click "Continue"